Cara Menonton YouTube Tanpa Iklan

"Kali ini saya akan kongsikan cara untuk menonton video di youtube tanpa di gangu oleh iklan daripada adsense, cara ini sangatla berkesan tetap saya ti"

1 min read

Hai, Kali ini saya akan kongsikan cara untuk menonton video di youtube tanpa di gangu oleh iklan daripada adsense, cara ini sangatla berkesan tetap saya tidak galakan anda untuk menggunakan cara ini kerana ia akan merugikan para youtuber, Kenapa rugi? Disebapkan para youtuber mendapat bayaran atau penghasilan dari youtube setela iklan di tonton atau di click.

Iklan YouTube yang sering muncul sangat mengganggu keselesaan anda dalam menonton video di YouTube.

Nasib baik, ada beberapa cara yang membolehkan anda menonton video di YouTube, tanpa gangguan iklan yang kerap di youtube.

Untuk dapat menonton YouTube tanpa iklan, anda memerlukan aplikasi YouTube Mod, iaitu YouTube Vanced. Aplikasi ini membolehkan anda untuk menonaktifkan iklan sambil menonton YouTube, bagaimana:

Cara-Cara

  1. Download Vanced manager melalui link: https://vancedapp.com.
  2. Install aplikasi Vanced manager.
  3. Masuk ke aplikasi Vanced Manager.
  4. Download dan install Vanced microG melalui Vanced manager, Tunggu sampai install siap (auto install).
  5. MasiH dalam Vanced manager, Install Youtube Vanced melalui Vanced manager, tunggu sampai selesai install (auto).
  6. Extra sekiranya anda inginkan youtube musik anda boleh download dan instal melalui Vanced manager.
  7. Sekiranya anda tlah instal semua yabg saya sebutkan di atas, Seterusnya masuk ke aplikasi youtube vanced dan login email anda.
  8. Bagi youtube music juga sama masuk dan login akaun google.
  9. Selesai, layan la youtube tanpa ganguan iklan-iklan.

Selain menyahaktifkan iklan, aplikasi ini juga berguna untuk mengubah penampilan Youtube menjadi pemain mini, meleret isyarat ketika memilih video untuk ditonton, resolusi terbaik, pemilihan codec video khas dan banyak lagi.

Altenetif

Ada sesetengah android yang tidak support youtube vanced, dan di sini saya juga akan kongsikan cara lainya tetapi cara ini memerlukan langanan youtube premium, di jamin 100%.

Computer ?

Bagi pengguna computer ataupun pc anda hanya perlu memasang AdBlocker Extension,Untuk mendapatkan extension anda hanya perlu search di dalam browser anda menggunakan kata kunci Ads Blocker Extension, lalu download dan pasang ads blocker extension.

Sekiranya ada pertanyaan tentang Cara Menonton YouTube Tanpa Iklan, sila tinggalkan di ruangan comment yang saya sediakan, sampai di sini sahaja perkongsian saya tentang Cara Menonton YouTube Tanpa Iklan, saya harap apa yang saya kongsikan ini dapat membantu anda yang memerlukan.

Post a Comment